assalamualaikum...
mengimbas kembali kenangan yang tak berapa lama...tatkala diri diuji oleh yang Maha Besar..
ketika itu, aku sakit, bukan sakit demam, batuk ataupun selesma..tapi agak teruk juga tapi biarlah rahsia...dalam masa yang sama, kecurangan kekasih hati telah terbongkar...aku terkedu, terkesima.. semua barang persiapan pertunangan telah tersedia tapi kenapa ini terjadi?...mungkinkah si dia curang sebab aku sakit?ataupun kami tidak ditakdirkan untuk hidup bersama?.. namun jauh di sudut hati, aku tetap bersyukur pada Ilahi..mungkin Dia mengujiku atau memberi petunjuk padaku...
Indahnya percaturan Allah...dalam keadaan kesedihan, sakit, kecewa, Dia terbangkan aku ke bumi Anbia'..alhamdulillah.
Kedinginan udara di Kuwait makin membawa aku jauh meninggalkan masalah..kami transit di Kuwait sebelum menuju ke Kaherah..Disini aku mula muhasabah diri, menginsafi kesilapan...dan merenung jauh kehadapan..
aku takkan salahkan sesiapa dalam hal ini, kerana aku yakin denganNYA.. biarlah aku serahkan cintaku padaNYA sepenuhnya kerana itu memang hakNYA.. insyaAllah andai cintaNYA aku kejar, Allah akan berikan cinta manusia. aku tak akan jatuhkan mutiara jernih ini hanya kerana kecurangan seorang lelaki.. tapi mutiara jernih ini gugur jua tika aku memijak bumi yang penuh baraka, bumi anbia'...MESIR..
Inilah mesir....syukur yang terhingga...nantikan wajah2 mesir seterusnya ok....=)
0 ulasan:
Catat Ulasan