Dikuasakan oleh Blogger.
RSS





nak tahu x ni apa? emm...nilah jenama roti kegemaran kami di Mesir. lepas je kelas yang pertama mesti beli roti ni untuk alas perut..nak cari nasi? mana ada kat cairo university.

kelas kami habis petang. habis je kelas masing-masing balik dengan 'abi' masing-masing. 'abi' ni macam musyrif  la., tapi dari kalangan pelajar kami sendiri la. kami di bahagikan kepada 4 kumpulan. tugas 'abi'2 ni jaga pelajar muslimah. tapi kadang-kadang muslimah di tinggalkan je macam tu, balik sendiri...abi2 kami p mana?...emmm...diaorang p shopping....

nilah tempat shopping kami...[-attabah-]

teringat mula-mula nak pi shopping kat sini. minta teman dengan sorang adik, pelajar al-Azhar..Azlinah abd Ghani. suruh dia bawa Ajrul jadi musyrif kami. Ajrul? orang kampung aku belajar di al-Azhar juga, merangkap saudara aku. punya dia terkejut jumpa aku di bumi anbia' ni..


diorang bawa kami p masjid al-Azhar, masjid al-Husaien, shopping di at-Tabah....paling aku ingat, di bawa kami makan tokmia..mula-mula tak boleh masuk..lama-lama senyap pula..
di sini lah jubah murah-murah.-attabah-

masjid al-Azhar

buah-buahan sini segar- boleh makan free pula tu...caya la ammu..

nilah to'miah (isinya telur, daging, kacang n kubis)

     
pertama kali merasa kesedapan makanan arab..best!!!

banyak lagi makanan yang kami sempat rasa. tapi tak sempat ambil gambar..khusyairi, nasi bukhari, mee romen dan banyak lagi...kalau di cafe ARMA pula yang biasa makan nasi mutiara...nasi mutiara ni alah2 macam nasi usa la...cuma ada kari sikit...hehehe...

ARMA- tempat tinggal pelajar2 malaysia di kaherah

* kami pi lawat tempat mana pula????...pas ni yek......=)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

assalamualaikum...

mengimbas kembali kenangan yang tak berapa lama...tatkala diri diuji oleh yang Maha Besar..

ketika itu, aku sakit, bukan sakit demam, batuk ataupun selesma..tapi agak teruk juga tapi biarlah rahsia...dalam masa yang sama, kecurangan kekasih hati telah terbongkar...aku terkedu, terkesima.. semua barang persiapan pertunangan telah tersedia tapi kenapa ini terjadi?...mungkinkah si dia curang sebab aku sakit?ataupun kami tidak ditakdirkan untuk hidup bersama?.. namun jauh di sudut hati, aku tetap bersyukur pada Ilahi..mungkin Dia mengujiku atau memberi petunjuk padaku...

Indahnya percaturan Allah...dalam keadaan kesedihan, sakit, kecewa, Dia terbangkan aku ke bumi Anbia'..alhamdulillah.

Kedinginan udara di Kuwait makin membawa aku jauh meninggalkan masalah..kami transit di Kuwait sebelum menuju ke Kaherah..Disini aku mula muhasabah diri, menginsafi kesilapan...dan merenung jauh kehadapan..


aku takkan salahkan sesiapa dalam hal ini, kerana aku yakin denganNYA.. biarlah aku serahkan cintaku padaNYA sepenuhnya kerana itu memang hakNYA.. insyaAllah andai cintaNYA aku kejar, Allah akan berikan cinta manusia. aku tak akan jatuhkan mutiara jernih ini hanya kerana kecurangan seorang lelaki.. tapi mutiara jernih ini gugur jua tika aku memijak bumi yang penuh baraka, bumi anbia'...MESIR..




Inilah mesir....syukur yang terhingga...nantikan wajah2 mesir seterusnya ok....=)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

aku jatuh cinta


Aku jatuh cinta,
Cinta pada Maha kesempurnaan-NYA,
Betapa selalu ingin bersama dekat-NYA,
Aku mencintaiNYA,
Tetapi selalu menunda pertemuan denganNYA,
Aku mencintaiNYA,
Tapi seringkali ingkar terhadap janji yang telah terikrar,
Aku mencintaiNYA,
Tapi seringkali membuat sesuatu yang tidak disukaiNYA,
Aku mencintaiNYA,
Tapi seringkali tidak dapat melakukan sesuatu yang dapat mendekatkanku,
Aku mencintaiNYA,
Tapi belum sanggup merasakan cinta itu,
Meski ku sedari cintaNYA jauh melebihi makna kata CINTA itu sendiri,
Rabb, aku mencintaimu..
Jadikanlah aku seperti orang2 yang menempatkan cintanya padaMU di tempat tertinggi,
Di ruang yang tak terjamah ego,
Rabb, cintailah aku seperti engkau mencintai orang2 yang engkau redhai dan engkau beri nikmat kepada mereka,


Aku merindukan MU,
Dan aku ingin selalu bersua dalam tiap hening malamku,
Jangan biarkan aku terpenjara dalam dinginnya malam,
Jangan biarkan aku terbuai dalam hangatnya selimut,
Jangan biarkan aku terbuai dalam timbunan aktiviti,

Aku mencintaiMU,
Biarkan aku selalu menemuiMU dalam tiap desah nafasku,
Aku tidak kuasa mendakap rindu ini……….YA ALLAH.



Ya ALLAHU RABBI,
Hamba punya pinta,
Seandainya hamba jatuh cinta,
Jangan kau biarkan rasa cinta ini mengurangi sedikit pun rasa cintaku padaMU, hingga membuat lupa adanya ENGKAU, 

Ya ALLAHU RABBI,
Seandainya aku jatuh cinta,
Penuhilah hatiku dengan bilangan cintaMU,
Biar rasaku padaMU tetap utuh,

Ya ALLAHU RABBI,
Seandainya hamba jatuh cinta,
Pilihkan olehMU seseorang yang hatinya dipenuhi dengan cintaMU dan kecintaanya kepadaMU,
Hingga membuatku semakin menggagumiMU,
Ya ALLAHU RABBI,
Seandainya aku jatuh cinta,
Pertemukanlah kami,
Berikanlah kami kesempatan untuk bersama-sama mendekati cintaMU,


Ya ALLAHU RABBI,
Terakhir pintaku adalah,
Seandainya aku jatuh cinta,
Jangan kau palingkan wajahMU dariku,
Anugerahkan aku cintaMU,
Cinta yang tidak akan pernah pupus walau ditelan waktu…

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Adam Dan Hawa



Assalamualaikum...


Didoakan semoga kalian beroleh selamat dibawah lindungan payung rahmat Allah SWT Amin.......

Adam,
Maafkan aku jika coretan ini memanaskan hatimu. Sesungguhnya aku adalah Hawa, temanmu yang kau pinta semasa kesunyian di syurga dahulu. Aku asalnya dari tulang russukmu yang bengkok. Jadi tidak hairanlah jika perjalanan hidupku sentiasa inginkan bimbingan darimu, sentiasa mau terpesong dari
landasan, kerana aku buruan syaitan.

Adam,
Maha suci Allah yang mentakdirkan kaumku lebih ramai bilangannya dari kaummu dia akhir zaman, itulah sebenarnya ketelitian Allah dalam urusanNya. Jika bilangan kaummu mengatasi kaumku nescaya merahlah dunia kerana darah manusia, kacau-bilaulah suasana, Adam sama Adam bermusuhan kerana Hawa.Buktinya cukup nyata dari peristiwa habil dan Qabil sehinggalah pada zaman cucu-cicitnya. Pun jika begitu maka tidak selaraslah undang-undang Allah yang mengharuskan Adam beristeri lebih dari satu tapi tidak lebih dari empat pada satu waktu.

Adam,
Bukan kerana ramainya isterimu yang membimbangkan aku, bukan kerana sedikitnya bilanganmu yang merunsingkan aku. Tapi.....aku risau, gundah dan gulana menyaksikan tingkahmu. Aku sejak dulu lagi sudah tahu bahawa aku mesti tunduk ketika menjadi isterimu. Namun.....terasa berat pula untukku menyatakan isi perkara.

Adam,
Aku tahu bahawa dalam Al-Quran ada ayat yang menyatakan kaum lelaki adalah menguasai terhadap kaum wanita. Kau diberi amanah untuk mendidik aku, kau diberi tanggungjawab untuk menjaga aku, memerhati dan mengawasi aku agar sentiasa didalam redha Tuhanku dan Tuhanmu. Tapi Adam, nyata dan rata-rata apa yang sudah terjadi pada kaumku kini, aku dan kaumku telah ramai menderhakaimu. Ramai yang telah menyimpang dari jalan yang ditetapkan. Asalnya Allah mengkehendaki aku tinggal tetap dirumah. Di jalan-jalan, di pasar-pasar, di bandar-bandar bukan tempatku. Jika terpaksa aku keluar dari rumah seluruh tubuhku mesti ditutup dari hujung kaki sampai hujung rambut. Tapi......realitinya kini, Hawa telah lebih dari sepatutnya.

Adam.....
mengapa kau biarkan aku begini? Aku jadi ibu, aku jadi guru, itu sudah tentu katamu. Aku ibu dan guru kepada anak-anakmu. Tapi sekarang diwaktu yang sama, aku ke muka menguruskan hal negara, aku ke hutan memikul senjata. Padahal, kau duduk saja. Ada diantara kau yang menganggur tiada kerja. Kau perhatikan saja aku panjat tangga di pejabat bomba, kainku tinggi menyingsing paha mengamankan negara. Apakah kau sekarang tidak lagi seperti dulu? apakah sudah hilang kasih sucimu terhadapku?

Adam.....
Marahkah kau jika kukatakan andainya Hawa terpesong, maka Adam yang patut tanggung! Kenapa? Mengapa begitu ADAM? Ya! Ramai orang berkata jika anak jahat emak-bapak tak pandai didik, jika murid bodoh, guru yang tidak pandai mengajar! Adam kau selalu berkata, Hawa memang degil, tak mahu dengar kata, tak mudah makan nasihat, kepala batu, pada hematku yang dhaif ini Adam, seharusnya kau tanya dirimu, apakah didikanmu terhadapku sama seperti didikan Nabi MUhammad SAW terhadap isteri-isterinya? Adakah Adam melayani Hawa sama seperti psikologi Muhammad terhadap mereka? Adakah akhlak Adam-Adam boleh dijadikan contoh terhadap kaum Hawa?

Adam....
Kau sebenarnya imam dan aku adalah makmummu, aku adalah pengikut-pengikutmu kerana kau adalah ketua. Jika kau benar, maka benarlah aku. Jika kau lalai, lalailah aku. Kau punya kelebihan akal manakala aku kelebihan nafsu. Akalmu sembilan, nafsumu satu. Aku...akalku satu nafsuku beribu! Dari itu Adam....pimpinlah tanganku, kerana aku sering lupa dan lalai, sering aku tergelincir ditolak sorong oleh nafsu dan kuncu-kuncunya. Bimbinglah daku untuk menyelami kalimah Allah, perdengarkanlah daku kalimah syahdu dari Tuhanmu agar menerangi hidupku. Tiuplah ruh jihad ke dalam dadaku agar aku emnjadi mujahidah kekasih Allah.

Adam,
Andainya aku masih lalai dengan karenahmu sendiri, masih segan mengikut langkah para sahabat, masih gentar mencegah mungkar, maka kita tunggu dan lihatlah, dunia ini akan hancur bila kaumku yang akan memerintah. Malulah engkau Adam, malulah engkau pada dirimu sendiri dan pada Tuhanmu yang engkau agungkan itu.......................................

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Saat cinta hadir dalam hatiku…..




Ketika cinta kini hadir tidaklah untuk Yang Maha Mengetahui saat secercah rasa tidak lagi tercipta untuk Yang Maha Pencipta izinkanlah hati bertanya untuk siapa ia muncul dengan tiba-tiba…mungkinkah dengan redha-Nya atau hanya mengundang murka-Nya…

Jika benar cinta itu karena Allah maka biarkanlah ia mengalir mengikuti aliran Allah karana hakikatnya ia berhulu dari Allah. maka ia pun berhilir hanya kepada Allah..

“Dan segala sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingat kebesaran Allah.” (QS. Adz Dzariyat:49)
“Dan kahwinkan lah orang-orang yang sendirian di antara kamu, dan orang-orang yang layak (berkahwin) dari hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan hamba-hamba sahayamu yang perempuan. Jika mereka miskin Allah akan memampukan mereka dengan kurnia-Nya. Dan Allah Maha luas(pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui. ” (QS. An Nuur: 32)

“Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untuk muisteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir. ” (QS. Ar-Ruum:21)

Tapi jika memang kelemahan masih nyata dipelupuk mata maka bersabarlah… berdo’alah… berpuasalah…

” Wahai kaum pemuda, siapa saja diantara kamu yang sudah sanggup untuk menikah, maka menikahlah, sesungguhnya menikah itu memelihara mata, dan memelihara kemaluan, maka bila diantara kamu belum sanggup untuk menikah, berpuasalah, kerana sesungguhnya puasa tersebut sebagai penahannya ” (Hadist)
“Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk. ” (QS. Al Israa’ :32)

Cukup cintai ia dalam diam… bukan kerana membenci hadirnya…tapi menjaga kesuciannya bukan kerana menghindari dunia…tapi meraih surga-Nya bukan kerana lemah untuk menghadapinya…tapi menguatkan jiwa dari godaan syaitan yang begitu halus dan menyelusup..

Cukup cintai ia dari kejauhan… kerana hadirmu tidak  akan mampu menjauhkannya dari cubaan kerana hadirmu hanya akan menggoyahkan iman dan ketenangan kerana hadirmu mungkin saja ‘kan membawa kenelangsaan hati-hati yang terjaga…

Cukup cintai ia dengan kesederhanaan… memupuknya hanya akan menambah penderitaan, menumbuhkan harapan hanya akan mengundang kekecewaan, mengharapkan balasan hanya akan membumbui kebahagiaan para syaitan…

Maka cintailah ia dengan keikhlasan kerana tentu kisah fatimah dan ali bin abi thalib diingini oleh hati…tapi sanggupkah jika semua berakhir seperti sejarah cinta Salman Al Farisi…?
“ …boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui. ” (QS. AlBaqarah:216)

“Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula). Mereka (yang dituduh) itu bersih dari apa yang dituduhkan oleh mereka (yang menuduh itu). Bagi mereka ampunan dan rezeki yang mulia (syurga)” (QS.An Nuur:26)

Cukup cintai ia dalam diam dari kejauhan dengan kesederhanaan dan keikhlasan…
kerana tiada yang tahu rencana Tuhan…mungkin saja rasa ini ujian yang akan melapuk atau membeku dengan perlahan kerana hati ini begitu mudah untuk dibolak-balikan…serahkankan rasa yang tiada sanggup dijadikan halal itu pada Yang Memberi dan Memilikinya biarkan ia yang mengatur semuanya hingga keindahan itu datang pada waktunya… “Barangsiapa menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan dirinya akan terjaga.” (Umar bin Khattab ra.)


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

10 Sebab Wanita diseksa di akhirat

Assalamualaikum...


Berkata Ali r.a.: "Saya dan Fatimah telah pergi ke
rumah Rasulullah a.a.w, Apabila kami masuk ke rumah
baginda maka kami melihat Rasulullah s.a.w Sedang
menangis, maka saya bertanya kepada Rasulullah: 'Ya
Rasulullah Mengapa Rasulullah menanggis?"
Rasulullah bersabda: "Aku melihat 10 jenis seksaan bagi wanita antaranya:

1. Orang perempuan yang digantung dengan rambutnya dan
otak di kepalanya mendidih.

2. Orang perempuan yang digantung dengan lidahnya dan
tangannya dikeluarkan dari punggungnya dan minyak
dituangkan ke dalam kerongkongnya.

3. Orang perempuan yang digantung dengan buah dadanya
dari arah punggungnya dan air kayu zakum dituangkan kedalam kerongkongnya.

4. Orang perempuan yang digantung dan diikat dua
kakinya beserta dua tangannya sampai ubun-ubunnya dan
di belit dengan beberapa ular dan kala jengking.

5. Orang perempuan yang makan badannya sendiri dan di
bawahnya terdapat api yang menyala-nyala.

6. Orang perempuan yang memotong badannya sendiri
dengan gunting daripada neraka.

7. Orang perempuan yang berwajah hitam dan dia makan usus-ususnya sendiri.

8. Orang perempuan yang tuli, buta, dan bisu di dalam
peti daripada neraka sedang darahnya mengalir dari
lubang bahagian badannya sepertti hidungnya, telinga,
dan mulut. Badannya pula berbau busuk sebab penyakit kulit dan penyakit lepra.

9. Orang perempuan yang kepalanya seperti kepala babi
dan badannya pula seperti keldai, mereka mendapat seksaan sejuta macam seksaan


10. Orang perempuan yang berbentuk anjing dan beberapa
ekor ular dan kala jenking masuk ke dalam mulutnya dan
keluar melalui diburnya dan para malaikat memukuli
kepalanya dengan palu mereka dari neraka.
Sebaik saja Fatimah r.a mendengar kata-kata ayahnya
itu maka Fatimah pun berkata "wahai ayahku,
ceritakanlah padaku apakah amal-amal yang telah
dilakukan oleh wanita-wanita tersebut.
Kemudian Rasulullah s.a.w. bersabda "wahai anakkuFatimah, adapun :
· Orang perempuan yang digantung dengan rambutnya,
kerana dia tidak mahu Menutupi (melindungi) rambutnya
daripada dilihat oleh lelaki lain. Iaitu tidak mahumenutup auratnya.
· Orang perempuan yang digantung dengan lidahnya
adalah keranadia suka menyakiti hati suaminya dengan
kata-katanya. Rasulullah s.a.w. telah bersabda
"sesaorang wanita yang menyakiti suaminya dangan
kata-katanya maka Allah SWT akan melebarkan lidahnya
di hari kiamat nanti selebar 70 zira dan akan mengikat
di belakang lehernya. Sesaorang perempuan yang
menyeksa suaminya dengan kata-katanya maka Allah SWT
melaknatinya maka para malaikat juga melaknatinya."
Dari Utsman r.a. berkata "sesaorang perempuan yang
mengatakan kepada suamminya dengan berkata "Aku belum
pernah melihat kebaikanmu" maka Allah SWT akan
menghapuskan amal kebaikannya selama 70 tahun,
walaupun dia berpuasa pada siang hari dan mengerjakansolat pada malam hari.
· Orang perempuan yang digantung dengan buah dadanya,
adalah kerana dia menyusui anak orang lain tanpa mendapat izin suaminya.
· Orang perempuan yang diikat dengan kakinya adalah
kerana dia keluar rumah tanpa izin suaminya terlebih
dahulu dan tidak mandi hadas besar. Yakni mereka yang
tidak mandi bagi membersihkan diri setelah kedatanganhaid dan nifas.
· Orang perempuan makan badannya sendiri adalah kerana
berhias untuk dilihat oleh lelaki lain dan mereka yang
suka membicarakan aib orang lain.
· Orang perempuan yang memotong-motong badannya
sendiri dengan gunting dari neraka adalah kerana dia
memsyhurkan dirinya dikalangan orang ramai, dengan
bermaksut supaya orang melihat akan perhiasannya. Dan
setiap orang yang melihatnya akan tertarik kepadanya
sebab perhiasan yang dia pakai. · Orang perempuan yangdiikat kedua-dua kaki dan
tangannya sehingga sampai kepada ubun-ubunnya dan
dibelit dengan beberapa ular dan kala jenking adalah
kerana dia itu bolih bersolat, puasa tetapi tidak mahu
mengambil wuduk dan ia tidak mahu mengerjakan solat
dan tidak mahu juga mandi junub.
· Orang perempuan kepalanya seperti kepala babi, dan
badannya seperti kaldai, adalah kerana dia suka
mengadu domba dan sangat suka sangat berdusta.
· Orang perempuan yang berbentuk seperti anjng adalah
kerana dia itu ahli fitnah dan suka marah kepadasuaminya
Abdullah bin Umar berkata bahawa Rasulullah s.a.w.
telah bersabda bahawa: "Kalaulah semua yang ada di
bumi ini berupa emas dan perak, kemudian dibawa olih
seorang perempuan ke rumah suaminya, maka satu hari
dengan bangganya dia berkata: 'Awak ini siapa, semua
harta yang ada di sini adalah milik aku, engkau tidak
mempunyai harta apa-apa pun' .Maka sesungguhnya Allah
SWT akan menghapuskan semua amal baiknya walaupun amalitu banyak".
Ibnu Abbas r.a berkata bahawa Rasulullah s.a.w. telah
bersabda: "Seseorang perempuan yang keluar dari
rumahnya tanpa izin suaminya, sesungguhnya dia dikutuk
olih segala yang disinari matahari dan bulan sehingga
dia kembali ke rumah suaminya"
Ibnu Abbas r.a berkata bahawa Rasulullah s.a.w. telah
bersabda: "Apabila seseorang perempuan itu keluaar
dari rumahnya dengan memperhiaskan dirinya dan memakai
wangi-wangian yang harum dan si suami pula
membenarkannya, makasesungguhnya Allah SWT akan
membangunkan kepadanya setiap langkah isterinya itusatu rumah dalam neraka"
Thalhah bin Abdullah berkata bahawa dia mendengar
Rasulullah bersabda: "Apabila seseorang perempuan itu
sentiasa bermasam muka terhadap suaminya dan
menyebabkan suaminya itu susah hati maka sesungguhnya
Allah memurkainya sehingga dia tidak lagi bolih
tertawa dihadapan suaminya atau pun menggembirakansuaminya itu".
Wallahualam... ..
Harap dapat di panjangkan kepada rakan anda yang se
ugama, semoga mendapat rahmat darinya

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

aku hamba yang daif

lihat la sejauh mana yang mampu matamu memandang...
jauhnya perjalanan..penuh dengan onak dan duri..
bagaikan ingin ku berhenti dan berpatah balik...
wajarkah?

dulu nk sangat jd seorang cikgu...
sebab bila nampak cikgu..rasa seronok je...murid2 suka..macam hebat je tengok cikgu2 di sekolah dulu..banyak ilmu...

tapi dah masuk medan pendidikan ni...apa ceta ni? huhu...baru rasa apa realitinya...tengoklah..buku2 sentiasa jadi peneman setia...bukan mengeluh..tapi muhasabah diri...mampukah aku?memikul tanggungjawab yang berat ini?

seorang doktor bedah..bila dia gagal dalam proses pembedahan itu, akan matilah orang yang dibedah...
tapi seorang cikgu..bila gagal memberi pendidikan yang betul kepada murid2...akan sesat dan musnahlah kehidupan murid2 itu.....


semakin banyak yang dipelajari..semakin banyak yang belum diketahui..       









apapun jua akan kugagahi perjalanan ini..kerana Allah dah tempatkan aku di medan ini...demi tanggungjawabku sebagai muslim...
dan demi anak bangsaku..aku tidak rela melihat anak bangsaku hidup dalam kejahilan...dan untuk meninggikan lagi martabat umat islam dimata dunia...amin...

terima kasih kepada ayah dan mama yang melahirkan, mendidik dan memberi dorongan kepadaku...kekanda bainin dan jaimin serta adinda jalilah...kalian banyak bagi semangat..i love u all...




tak lupa juga kawan2 yang sentiasa membantu...suka duka bersama...marilah kita berganding bahu untuk berjuang di medan ini..usah gentar, yakinlah Allah ma'ana...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS