Dikuasakan oleh Blogger.
RSS

rantaian kasih


Rantaian Kasih

Sepi mengusik hati,
Ku pandang ada rasa yang melambai,
Menggamit hatiku yang sedang gundah
Namun ku sukar selami,
Untuk siapa lambai itu…


Melakar jiwa di kanvas hatiku,
Menyisip kasih di gelanggang naluriku,
Menyulam sayang di sutera rasaku..

Tanpa ku sedar..
Ada benih-benih yang tumbuh
Mewarnai taman hati ini
Dibajai dengan rantaian kasih
Yang kau hulurkan..

Bukan ku pinta,
Bukan ku mahu,
Namun suratanNYA
mengatasi segala-galanya..

jika ini rantaian kasih ku,
aku rela menjaganya agar
tidak terputus dari ikatan
hanya satu ku pinta,
agar kau menjaga rantaian kasih
yang kau berikan ini bersama
kerana di situ kita akan
mendapat rahmatNYA…



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan