Dikuasakan oleh Blogger.
RSS

dirimu...(',')


Pergi kuliah membawa wardah,
penampilan ringkas begitu bersahaja,
Orangnya tinggi tidaklah rendah,
Anak bongsu punya lah manja.


Anak kembar si pakcik adam,
Penampilan stylo macam kartunnya,
Ain’t a fairytale peneman malam,
Orangnya diam banyak ilmunya.



Suka menjahit juga memasak,
Pergi pasar sentiasa bersedia,
Orangnya ayu tak suka lasak,
Berjiwa sentimental itulah dia.


Cincin di jari sebagai tanda,
Mengikat kasih dengan nor hazri,
Orangnya kecil tak mengada-ngada,
Berkaca mata setiap hari.


Dari Kelantan nak ke Selangor,
Jaga badan jaga penampilan,
Anak jati pengkalan kubor,
Mendengar muzik kerja sambilan.

Suara seperti ibu di rumah,
Suka bersih tak mahu kotor,
Banyak celoteh tanda ramah,
Panggilan ustazah bukannya doktor.

Orangnya putih juga pendiam,
Sumandak dusun rupanya dia,
Suka tersenyum di dalam diam,
Penggemar ikan keli itulah dia.

Jodoh dicari keluarga tentukan,
Orangnya cerdik pandai berjimat,
Anak ke dua sudah ditakdirkan,
Bila tidur tak kira tempat.

Si hitam manis menawan hati,
Suka menolong tak kira masa,
Ambil gambar tak mahu berhenti,
Pandai berhias memang dah biasa.

Ayah cikgu emak ustazah,
Suka nyanyi suka bergambar,
Makan nasi bertambah-tambah
Senyuman di bibir tak pernah hambar.
ni untuk santapan hati je...=) seronak sangat mengenali kalian....sayang kamuuuuu.....








  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan