Dikuasakan oleh Blogger.
RSS

dirimu...(',')


Pergi kuliah membawa wardah,
penampilan ringkas begitu bersahaja,
Orangnya tinggi tidaklah rendah,
Anak bongsu punya lah manja.


Anak kembar si pakcik adam,
Penampilan stylo macam kartunnya,
Ain’t a fairytale peneman malam,
Orangnya diam banyak ilmunya.



Suka menjahit juga memasak,
Pergi pasar sentiasa bersedia,
Orangnya ayu tak suka lasak,
Berjiwa sentimental itulah dia.


Cincin di jari sebagai tanda,
Mengikat kasih dengan nor hazri,
Orangnya kecil tak mengada-ngada,
Berkaca mata setiap hari.


Dari Kelantan nak ke Selangor,
Jaga badan jaga penampilan,
Anak jati pengkalan kubor,
Mendengar muzik kerja sambilan.

Suara seperti ibu di rumah,
Suka bersih tak mahu kotor,
Banyak celoteh tanda ramah,
Panggilan ustazah bukannya doktor.

Orangnya putih juga pendiam,
Sumandak dusun rupanya dia,
Suka tersenyum di dalam diam,
Penggemar ikan keli itulah dia.

Jodoh dicari keluarga tentukan,
Orangnya cerdik pandai berjimat,
Anak ke dua sudah ditakdirkan,
Bila tidur tak kira tempat.

Si hitam manis menawan hati,
Suka menolong tak kira masa,
Ambil gambar tak mahu berhenti,
Pandai berhias memang dah biasa.

Ayah cikgu emak ustazah,
Suka nyanyi suka bergambar,
Makan nasi bertambah-tambah
Senyuman di bibir tak pernah hambar.
ni untuk santapan hati je...=) seronak sangat mengenali kalian....sayang kamuuuuu.....








  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

rantaian kasih


Rantaian Kasih

Sepi mengusik hati,
Ku pandang ada rasa yang melambai,
Menggamit hatiku yang sedang gundah
Namun ku sukar selami,
Untuk siapa lambai itu…


Melakar jiwa di kanvas hatiku,
Menyisip kasih di gelanggang naluriku,
Menyulam sayang di sutera rasaku..

Tanpa ku sedar..
Ada benih-benih yang tumbuh
Mewarnai taman hati ini
Dibajai dengan rantaian kasih
Yang kau hulurkan..

Bukan ku pinta,
Bukan ku mahu,
Namun suratanNYA
mengatasi segala-galanya..

jika ini rantaian kasih ku,
aku rela menjaganya agar
tidak terputus dari ikatan
hanya satu ku pinta,
agar kau menjaga rantaian kasih
yang kau berikan ini bersama
kerana di situ kita akan
mendapat rahmatNYA…



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

pertemuan dan perpisahan

-4 geng vista-

pertemuan dan perpisahan
umpama mentari terbit dan terbenam
sudah lumrah hidup
antara kau dan aku
tetap dengan perpisahan yang pasti...

tuhan yang menentukan segalanya
kau dan aku cuma merancang
kehidupan masing-masing yang masih jauh
namun perlu dengan impian masing-masing
walau, ombak dan badai bisa mengusik
lautan cemburu dan menghayutkan
ombak bisa memberontak
gunalah segala kesempatan untuk mencapai
impian yang pasti...

dalam hati ini
aku ingin berbicara
namun perasaan semakin bisu

perpisahan ini
engkau dan aku terpaksa melangkah, walau
kenangan lalu tidak mengizinkan
genggamilah pertemuan terakhir
untuk sesaat ini..

rasakan betapa indahnya
usahlah menitiskan airmata
sebagai yang terakhir
anggaplah segalanya belum berakhir
nyalakan semangat barumu..

langkah belum dipenghujungnya
antara kau dan aku
jalan yang berbeza
suatu hari nanti
dunia memberi ruang
perpisahan ini pasti dengan pertemuan...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS